Confident : Selalu lupa nama orang? Baca Solusinya

Apa doh nama orang tu? Aku tak ingat lah weyh nama dia? dia ingat nama aku aku tak ingat nama dia? aku pelupa lah. Pernah tanya soalan-soalan sebegini? ha ini mungkin solusi untuk anda! Baca dengan tenang! Jap korang dah baca artikel multitasking? kalau belum saya sarankan untuk baca . Tekan je link tu. Ini kerana artikel ini berkait rapat juga dengan permainan minda.

Okay by the time saya sambung menulis ni kawan-kawan dah selesai baca artikel multitasking. Berikut merupakan solusi bagi anda! Ingat anda bukan pelupa cuma belum tahu kaedahnya.

1. Pertemuan Pertama

Kenapa kita lupa nama hanya beberapa minit setelah berkenalan? . Ha sebabnya adalah sewaktu berkenalan, kita sibuk nak cakap nama sendiri, ingat ini akan membuatkan minda kita sibuk jadi, ketika berjabat tangan, fokus dengar betul-betul nama kenalan baru kita. Ingat kita ada dua telinga dengar bila dah faham nama dia then baru perkenalkan nama kita. Begitu juga jika kita perkenalkan nama dulu.

2. Gunakan nama kawan baru sebanyak mungkin!

Secara chill dan casual kita gunakan nama kawan kita sewaktu berbual, cuba sebut nama mereka di mana-mana yang sesuai, sekali sekala menukar perkataan bro or sis atau kata ganti nama kepada nama mereka akan menjadikan hubungan lebih akrab. Apabila kita ingin membuat bisnes pun akan lebih disenangi oleh mereka.

3. Kaitkan nama mereka dengan benda lain

Ini perlukan praktis bukan mudah tapi menarik dan ia terbukti akan membuatkan kita lebih mengingati nama kawan. First time jumpa, kita lihat perkara benda yang unique pada mereka atau menggunakan rima, Contoh Azman dan spek mata atau Azman sama dengan zaman , azman zaman berzaman. Terpaksalah saya menggunakan nama sendiri agar tidak mengecewakan rakan rakan saya yang lain.

4. Teknik kalau malu bertanya!

Kau: Eh Kau !
Kau: Eh Kau gak! apa khabar!? lama tak jumpa?
Kau: tu la lama tak jumpa weyh? kau buat apa sekarang?
Kau: (tengah nak ingat nama kau siapa?) kerja lah weyh?… maka berhuhuhuhu lah tak ingat nama..
jap guys ni saya KIV dulu untuk post seterusnya. Baru ada bahan!

5. Jangan malu bertanya!

Jangan risau lah kalau kita lupa, tanya sahajalah bukan kena bayar pun tak rugi, ia akan menunjukkan kita mengambil berat tentang mereka.

Kata-kata Legend:
Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama.

Dah itu sahaja dari saya! Be Amazing! Be Confident because we are the confident movement!

Dah follow gue di instagram ? @azmansummer
Twitter : @azmansummer

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s