Confident: Cara nak elak Multitasking! (Part 2)

Okay sekarang korang dah faham apa itu multitasking dan kesan yang tidak produktif apabila kita bermulti-tasking. Dalam post sebelum ini saya ada menulis tentang multitasking hanyalah satu ilusi. Kita sebenarnya bukan multitasking tetapi sedang menukar dari satu kerja ke satu kerja yang lain. Ia memang tidak produktif.

Menurut LinkedIn secara purata ia mengambil masa 15 minit untuk kita fokus kembali kepada kerja kita setelah kita membalas mesej. Jadi cuba bayangkan kita tengah menulis satu artikel dan kita mendapat notification dari facebook, untuk kita kembali fokus akan mengambil masa, dan kita akan terjebak Procrastination (berlengah-lengah).

Jom kita tengok antara cara untuk kita menjadi lebih fokus.

1. Kemaskan tempat bekerja!

Dalam satu buku yang saya baca Declutter Your Mind oleh Barrie Davenport, dalam  buku ini membincangkan pentingnya minda kita di susun agar kita boleh membuat keputusan yang lebih baik. Begitu jugalah dengan tempat bekerja kita. Jika tempat kita tidak kemas maka pemikiran kita juga akan memikirkan banyak perkara. Jadi tunggu apa lagi kemaskan meja korang!

2. Elakkan melihat Handphone ada waktu pagi

Yang ini saya baca satu artikel mengenai buruknya tengok handphone sejurus kita bangun tapi saya bukan seorang pengamal, namun saya akan cuba untuk membuatkan ini menjadi satu tabiat. Menurut artikel tersebut fokus kita akan lari dan tertumpu kepada perkara yang lebih remeh dan akan menjadikan kita active secara mengejut, aktiviti ini tidak sihat. Jadi marilah kita cuba elakkan untuk buka handphone dan mulakan pagi kita dengan aktiviti yang lebih baik.

3. Buat senarai tugasan!

Okay ini memang menarik, saya seorang yang akan cuba masukkan aktiviti harian sama ada di dalam handphone atau di buku nota katil. Tidak perlu detail cuma perlu letak perkara yang kita nak selesaikan. Mungkin tidak semua yang boleh kita buat dan kadang lari dari yang kita rancang. Namun ia akan membuatkan kita lebih teratur dalam menguruskan aktiviti harian kita. Tidaklah kita mahu masa terbuang kerana masa itu emas. Tidak sama sekali boleh kita dapat!

4. Jaga tabiat kita

Okay sekarang kita dah mula lebih fokus kepada satu tugasan, lepas itu apa yang kita kena buat? kita kena perhati tabiat kita, kerana setelah lama kita buat aktiviti secara serentak jadi kehendak untuk balik semula ke tabiat lama agak tinggi. Untuk ini satu buku yang saya baca tentang produktiviti adalah , tabiat manusia akan menjadi kekal selepas 40 hari, jadi kalau kita berjaya untuk jaga tabiat kita, ini mungkin akan jadi tabiat kita yang baru dan lebih produktif.

Itu sahaja dari saya! That’s it be Amazing write to you the next one!

Follow saya di Instagram @azmansummer , @theconfidentmovement !

#beconfident #declutteryourmind

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s