Confident: Multitasking Apa akibatnya?

Wah Wah, Theconfidentmovement skip satu minggu, well itu nanti kita cover kenapa kita sibuk. Okay,Pernahkah kamu fikir untuk menambahkan tangan robot seperti doctor octopus? Mestilah pernah cool kot? huh

Doctor_Octopus

Menurut kajian yang telah saya baca, tidak ada bagus dalam multitasking. Di mata kita, mungkin kita telah melakukan banyak perkara namun sebenarnya tidak. Di sini saya akan huraikan mengapa ia tidak bagus.

Satu kajian menyatakan hanya 2.5% orang sahaja yang mempunyai kemahiran untuk multitasking, dan yang selebihnya hanyalah bermimpi yang dia boleh melakukan kerja serentak. Satu ilusi di minda. Sekarang ini mesti kamu tengah fikir buat kerja serentak ke buat kerja satu2 ke sama je? janji siap. Abang dan kakak sekalian untuk makluman tidak sama sekali.

1. Kurang Perhatian / Peka

Membuat kerja dalam satu masa seperti memandu , sambil balas mesej, amatlah merbahaya. Ini contoh yang drastik. Menurut kajian pemandu yang lebih banyak bermesej dan mendengar lagu akan tidak peka kepada tugasan harian berbanding orang yang menyelesaikan satu-satu kerja.

2. Tidak mudah belajar

Apabila kurangnya perhatian kepada sesuatu perkara dan banyak buat tugasan secara serentak ia akan menyebabkan perasaan tidak minat untuk mendalami sesuatu perkara. Menurut kajian, seseorang yang sedang belajar sambil membaca social media sambil buat kerja rumah ia akan memberi kesan negatif kepada pembelajaran kita atau keputusan ‘A’ semua yang kita mahukan tinggal lah kenang-kenangan.

3. Keputusan

Ketika sedang mengejarkan sesuatu perkara sambil buat benda lain bak pepatah sambil menyelam minum air. Masa ini adalah masa yang paling tidak sesuai untuk membuat sesuatu keputusan. Keputusan itu tidak menjadi jelas kerana kurangnya perhatian yang diberikan. Mungkin setakat beli roti canai untuk member tu bolehlah ingat cuba tengah buat keputusan hidup sambil makan. fikir-fikirkanlah.

4. Pelupa

Sewaktu dalam mode multitasking, dan ada orang suruh untuk ingatkan kita sesuatu perkara, kami pasti tahun depan belum tentu kita ingat. Ini kerana kebanyakkan kita merupakan seorang yang mono-tasker, seorang manusia yang boleh melakukan satu perkara sahaja.

Okay guys kalau kita ingin menjadi lebih produktif dan cekap, kita cuba kurangkan tabiat kita untuk bermulti-tasking. Itu sahaja daripada saya. Jangan lupa follow saya di instagram @azmansummer @theconfidentmovement. 
#BeAmazing #BeAwesome #Beconfident

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s