Confident: Senyum naikkan Karisma

Tengah bersemangat nak menulis tentang Confident! Karisma tu apa? Kak Risma ? bukan jiran sebelah hang dan bukan bakal isteri korang.
Karisma ini tidak boleh dinilai cuma boleh dilihat dan dirasai oleh orang lain, ia akan membantu hubungan kita dengan seseorang dan juga akan menyebabkan orang disekeliling senang dengan kehadiran kita. Karisma ini juga berkait rapat dengan Confident seseorang. Okay banyak cara untuk nak menaikkan karisma. Hari ini saya hendak bagi 1 cara sahaja. Satu-satulah nak buat semua nanti berciciran, yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran. Cara tersebut adalah

SENYUM”

 

Senyum, Weyh! Senyum adalah cara yang termudah untuk kita ekspress kegembiraan kita terhadap orang lain, senyuman adalah Viral, bukan itu senyuman itu juga akan menyebabkan diri sendiri gembira, ia adalah satu bulatan karisma! Kamu senyum Semua pun senyum!

Satu kajian menunjukkan bahawa jika kita paksa diri untuk  senyum ketika sedang bersedih ia akan membuatkan kita gembira serta merta! Jadi Senyumlah tunggu apa lagi buat sekeliling anda cerita 😀

Selain membuatkan kita berasa sihat, senyuman akan membuatkan kita menjadi lebih menarik dan mudah didekati oleh orang. Satu lagi kajian yang telah dibuat (agak pelik sebenarnya nak tulis), mereka yang senyum mempunyai personaliti yang lebih menarik daripada yang tidak senyum. Ahli psikologi juga turut membuat bersetuju bahawa senyum adalah cara untuk menunjukkan kepada orang lain bahawa kita mempunyai niat yang baik. Ni senyum ikhlas bukan senyum angkat bibir sebelah.

Seperti yang dinyatakan di atas, senyuman kita adalah Viral . Kajian juga menunjukkan bahawa orang boleh tahu sama ada kita sedang senyum dengan hanya mendengar. Jadi bila cakap dengan orang cubalah senyum memang sampai senyuman korang tu tak payah video call ;)…

Aite that’s it ! Be amazing! Talk to you the next one! Senyum 🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s