Confident : Kepentingan Hubungan Mata (Eye Contact)

Untuk pengetahuan pembaca saya ada cover topik ini di IGTV, dan saya ingin memaktubkan dalam penulisan di WordPress.

Pernahkah kita bercakap dengan orang dan dia tak pandang mata kita langsung?atau kita sendiri buat perkara yang sedemikian? kita rasa memandang mata itu akan menyebabkan diri kita lemah dan tak terdaya seperti krytonyte superman?. Jika kita mempunyai kemahiran untuk memandang ketika berkomunikasi ia akan membuatkan kita lebih berkuasa dalam percakapan kita. Ini kerana mata merupakan satu cara untuk kita mengambil kepercayaan seseorang individu dan menyebakan kita lebih tenang. Namun cara hubungan mata yang salah akan menyebabkan situasi perbincangan tidak selesa dan menyebabkan perbualan menjadi sekejap dan tidak menarik.

Terus sahajalah Azman bagaimana cara yang terbaik untuk membuat hubungan mata ataupun Eye Contact.

1. Eye Contact kepada seorang individu ( 5-10 saat)

Menurut kajian jika beri 60 peratus perhatian kepada seseorang ia menunjukkan kita tidak berminat dengan topik yang dibincangkan atau tidak minat kepada individu tersebut, 80 peratus eye contact? kita berminat kepada individu dan topik itu. 100 peratus hubungan mata ketika berbual bermaksud kita tengah bermusuh dengan mereka.

Jadi pandangan mata yang seimbang adalah penting, 5-10 saat adalah yang paling baik. Tak perlulah kita kira satu dua tiga empat lima ketika berbual. Sewaktu berbual bila rasa lama sudah bertentang mata putuskan pandangan mata anda seketika dan kembalikan balik hubungan mata. Practice dan akan akan mendapat confidence  dalam perbualan harian anda.

2. Berbual secara berkumpulan

Bila dalam kumpulan hubungan mata sangat penting bagi menyampaikan mesej, fokus 2-3 saat kepada setiap orang dan jangan fokus kepada hanya satu orang ini kerana ia akan menyebabkan orang lain seperti sepi seperti melihat pantai di malam purnama. 2-3 saat dan pastikan semua orang terlibat dan kumpulan itu akan melihat anda dengan lebih kepercayaan.

3. Ha takkan hang sorang je nak cakap (mendengar)

Bila kita pula berada di posisi mendengar (yes gais posisi)   , maka peraturan yang sama juga di aplikasi 5-10 saat pandangan mata sudah memadai.

4. Riak Wajah Sendiri

Sentiasa perhatikan riak wajah sendiri , kerana facial expression atau riak wajah memainkan peranan dalam perbualan dan pandangan mata kita.. Mata dah cantik pandang orang tapi kening main2.

5. Letak phone jauh2

Inilah generasi baru , harapan baru, komunikasi dengan manusia berkurang, gadget dan handphone terus dipandang. Gais antara cara untuk kita dapatkan hubungan yang menarik adalah simpan handphone itu di dalam poket, handbag, bag, dan kunci di laci campak ke dalam tasik. Fokus kepada komunikasi anda dan saya pasti kita akan menjadi speaker yang lebih baik.

 

Setakat ini sahaja bagi post kali ini, that’s it be confident! talk to you the next one.
Instagram: IGTV

Leave a comment